Wednesday, May 6, 2009

Tentang diriku....

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kini tibalah masaku utk mencoretkan serumpun bicara mengenai diriku ini didalam blog ku ini..Tanggal 20 Januari 1989..pukul 2.30 pagi..seorang putera lelaki seberat 2.5kg telah dilahirkan dalam keadaan cukup sifat, fizikal dan mentalnya..putera tersebut diberi nama MOHAMAD AMIN...pada asalnya ibuku mencadangkan supaya namaku ditambah menjadi MUHAMMAD AL-AMIN kerana seiring dengan gelaran junjungan besar Nabi Muhammad SAW...namun bapaku terus menyatakan nama yang dicadangkan oleh ibuku itu seakan-akan penghuni di arab saudi...mgkin pada ketika itu ideologi bapaku mengenai pemilihan nama lebih menjurus kepada nama yang moden sedikit berbanding dengan nama yang dicadangkan ibuku...lantas aku tetap diberi nama MOHAMAD AMIN yang membawa maksud seorang yang jujur, tenang dan boleh dipercayai...walau bagaimanapun aku tetap bersyukur kerana aku di beri nama..

Semasa aku berumur 6 tahun aku dimasukkan ke pra-sekolah yakni sama dengan tabika..pada ketika ini aku rasa seperti baru mengenali dunia pembelajaran...namun minat ku lebih tertumpu untuk bermain-main berbanding dengan segelintir sahabat-sahabatku yang bagaikan sudah diterapkan sedikit ilmu dan kurang bermain ketika itu.. namun kebolehan ku dalam pembelajaran membuatkan aku mudah menerima ilmu yang disampaikan oleh guruku ketika itu dengan baik....

Ketika aku meningkat ke alam persekolahan pada darjah 1..aku mampu mengecapi segala ilmu dgn baik...sehinggakan aku tersenarai dalam top 3 best student dlm kelas tu huk3...namun sume yang aku pelajari hilang ketika aku mengalami sati insiden yang menyebabkan kepalaku cedera sehingga mengalir darah ke muka ku...kejadian tersebut berlaku ketika aku belajar kafa di tempatku yang diberi nama Sekolah Agama Rakyat....aku datang 1jam lebih awal untuk bermain dengan rakan2 ku di sana...aku lihat dia cuba menyeberangi tembok dengan lagaknya..pada ketika itu aku mempunyai perasaan ingin mencuba...ingin lakukan perbuatan yang sama dengan rakan ku...namun malang tidak berbau...ketika aku cuba melompat ke tembok itu, kaki ku terpelosok lalu kepala ku terhantuk pada tiang bendera karat yang terdapat pada tembok itu...PANGGG!!!......berpinar rasanya kepalaku dek tujahan yang sangat kuat itu...aku lihat persekitaran yang penuh bintang2...aku mula nampak kelibat didepan tu..owh kawanku rupanya...dengan menahan kesakitan aku masih bergelak tawa lagi...tanpa ku sedar cecair merah pekat berbau hamis meleleh keluar dari kening kiri hingga ke pipi ku....pada ketika itu aku mula rasa panik apabila kawanku berkata ada darah keluar mengalir ke mukaku...keadaan jadi kecoh...aku tidak menangis tapi kepala ku terasa sakit yang amat sangat...memandangkan kampung desaku tidak mempunyai hospital berhampiran...aku hanya dirawat dengan peralatan yang ada dalam first aid...aku dirawat oleh seorang ustaz merangkap guru kelas dan guru besar sekolah agama ku itu...luka di kening kiriku dibersihkan dengan ubat antiseptik... pedihnya jangan cakap....mau aku keliling padang bola 3kali dek menahan kepedihan itu...luka kecik jer..pedihnya..perghhh....nauzubillahh....

Sejak tragedi insiden tersebut...aku dah jadi lambat ketchup...eh silap catch-up subjek2 yang aku pelajari...malah aku selalu ketinggalan dalam pelajaran...aku tak pasti sama ada berpunca dari tragedi itu atau daripadaku sendiri..Namun aku meneruskan pembelajaran ku seperti biasa..

Bermula daripada darjah 3 aku telah diberi peluang untuk menyandang jawatan pustakawan...pada ketika ini aku sangat teruja kerana dapat menyandang jawatan dalam sekolah...kadar ke'riak'kan meningkat sedikit berbanding biasa..hahaha...mana x nya..time ni lau sape2 ada pegang jawatan memang 'salute' punyalah...hahaha

Masuk aje darjah 4 aku dah mula mengasah bakat melukisku yang tiada kena mengena dengan pelajaran. Dalam tahun itu minat aku hanya tertumpu pada lukisan ku sahaja...lukis..lukis..lukis sampai tiga buku tulis penuh ngan citer komik yang aku wat sendiri...kira first masterpiece aku la ni...sampai ujian akhir taun aku merosot sebab syok sangat melukis sampai terabai pelajaran sayangnya buku tu telah dijumpai oleh ibuku dan beliau menyuruh aku membakar buku tersebut...dengan rasa berat hati aku pun membakar masterpiece aku tu atas alasan mengganggu pembelajaran ku...di hati hanya tuhan sahaja yang tahu.....

Akibat dari kemerosotan itu aku yang asalnya dikelas pertama dipindahkan ke kelas kedua ketika aku masuk darjah 5...hatiku sedeyh mengenangkan betapa ruginya aku mengabaikan pelajaran ketika aku darjah 4...itulah asam garam kehidupan...malah dah ditakdirkan begitu...aku harus menerimanya...malah tahun ini membuatkan aku down seolah-olah rakan-rakan sekelas ku langsung tiada saingan dalam pembelajaran...aku rasa seperti terkena kejutan budaya...majoriti mereka yang ada dikelas kedua ini kurang keinginan untuk belajar..hinggakan wabak itu mula menular kepada ku lantas kemalasan ku untuk belajar semakin menjadi-jadi...lantas aku menanam azam untuk kembali menemui sahabat2 ku di kelas pertama. Usahaku kembali normal dan membuahkan hasil apabila aku berjaya mendapat kedudukan top 3 dalam kelas pada peperiksaan akhir tahun..namun aku tidak merasa bangga kerana tergolong dalam kedudukan top 3 dalam kelas kedua. Bagaimana agaknya kawan2ku yang mendapat top 3 dalam kelas pertama? Sudah pasti aku jauh ketinggalan dengan mereka.

Masuk sahakja darjah6 aku kembali diterima dikelas pertama..terasa kerinduan hati untuk bertemu kawan2 lama akhirnya tercapai. Sehingga kini aku masih lagi menyandang jawatan pustakawan sejak daripada darjah 3-darjah 6...hasratku untuk menyandang jawatan sebagai
pengawas namun x kesampaian. Lastas aku meneruskan pembelajaranku untuk menghadapi peperiksaan besar UPSR. Pelbagai liku2 dan cabaran yang aku tempuhi untuk berjaya...akhirnya aku berjaya menamatkan pelajaranku pada penghujung tahun 2001 dengan meraih keputusan yang boleh dikatakan agak baik...huhuhu..

Tahun 2002 kini aku mula di alam baru yang lebih mencabar. Bukan lagi seperti dahulu yang boleh bermain2 dan leka dalam pelajaran...Melangkah sahaja ke Tingkatan 1 aku mula meneroka alam persekolahan yang lebih komplikasi...pelbagai bangsa dan budaya yang dapat aku tatapi...ketika aku mendaftar di sekolah baruku ini...aku dapati nama ku berada dikelas ke-5 daripada 6 buah kelas tingkatan 1 di sekolah itu. Ahh...malangnya...kenapa aku ditempatkan hingga kelas ke-5? Aku mulai risau dan x tentu arah...bagaimana agaknya masa depanku bila aku menduduki kelas tersebut? Gusar rasanya....namun aku tetap juga masuk ke kelas itu pada keesokan harinya...suasana sangat berlainan...kejutan budaya berlaku lagi pada diriku..namun seminggu selepas itu ada ujian mengenai agama islam dan tulisan jawi bagi mencari pelajar Islam untuk diterapkan dalam kelas aliran agama yakni kelas pertama...aku turut mengambil ujian tersebut dan aku x sangka aku mendapat gred yang agak tinggi berbanding pelajar2 lain dikelasku...laulu pada hari itu juga aku ditukar masuk ke kelas aliran agama itu...hatiku girang dapat berjumpa rakan2 sekolah rendah ku yang turut memasuki kelas yang sama...dan hari itu juga perlantikan jawatan ketua kelas baru diadakan memandangkan sebilangan besar pelajar kelas lain masuk ke kelas pertama tersebut...setelah penilaian dibuat aku tercalon sebagai ketua kelas tersebut malah aku juga meraih undian paling tinggi dalam kelas itu...secara automatiknya aku menyandang jawatan ketua tingkatan tersebut...perasaanku bercampur baur....mengapa?? Sebabnya aku memang x ingin menyandang ape2 jawatan..nak xnak aku terpaksa menyandang jawatan tersebut..macam2 hal aku kena buat...tanggungjawab ketua kelas ini lebih menyukarkan aku berbanding jawatan pustakawan dahulu...

Segala pahit getir yang aku lalui semasa aku di tingkatan 2 dan 3 telah mematangkan aku apabila aku melangkah ke alam remaja yang berusia 16 tahun....segalanya berubah apabila aku
memasuki aliran sains tulen...segala yang aku pelajari dalam kelas aliran agama dahulu langsung x berkaitan dengan subjek yang aku bawa ni...namun pada ketika ini aku mula meminati subjek matematik kerana aku suka mengira dan membuat latihan...hasilnya kini aku berjaya memperoleh gred matematik yang cemerlang dalam SPM..

Selesai sudah menghadapi SPM...aku mula mencari kerja...pelbagai tempat dan kilang2 aku cari hingga ke Nilai. Puas ke sana kemari...interview banyak kali...satu panggilan pon tarakk...huhuhu
Tunggu punya tunggu last2 tawaran masuk ke Tingkatan 6 sampai kat rumah aku...lastas setelah berbincang ngan keluarga..aku pun terus masuk dan diterima belajar di sekolah baharu ku itu dan bergelar senior form 6...bermula dari saat ini aku mula diberi tanggungjawab memikul tugas yang banyak memandangkan aku senior....maka semua guru mengharapkan senior ni untuk membimbing pelajar2 sekolah baru....

Sedar dan tidak kini aku sudah berumur 20 tahun...pelbagai nostalgia dan cabang liku yang aku dapat sepanjang hidup aku dari alam kanak-kanak hingga aku melonjak ke alam awal dewasa ini...




5 comments:

Noor Fatin said...

wah..min..
pnat aku tggu ko nye post..heheh
pjg gile..huhuhu..
best2..cite ko..
dlu nakal2 sgt ek..
smpi langgar smua2..hahah,,

n akhirnya aku dpt gmbrkan ko yg cm ne.,.hehehe

Lynna said...

abg min.......... cian kamoo... hurmmmm... yng tragiss xnk post ke?? akekekeke

jue said...

mak aih..
gler pnjg..
tulisan kcik la min..
aku xbpe nk nmpk..
hehe

jue said...

wah..
ko time ko lahir n berat masa lahir sma ngn aku la..
tp aku awl 7ari dr kau..

MoHaMaD aMiN~ said...

ko lahir 13 january??
huhu...yayaya...disebabkan itu badan aku ringan jer smpai skrg...hahaha